Tuesday, 22 May 2012

KELEBIHAN BULAN REJAB




KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis Rasulullah menunjukkan kelebihan bulan Rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya'ban bulanku, san bulan Ramadhan bulan umatku. 

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra' dan Mi'rajnya, Sya'ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul - Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya. 

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke arah neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al -Quran ke atas semua kalam (perkataan). 

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Shahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang - orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya.

Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa - dosanya yang lalu. 
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat 

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya. 

12. Sesiapa yang bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.




MEH TENGOK NI...


CARA LUKIS MATA YANG REAL





SENI HALUS 



Makna Seni Halus 
Lukisan yang menggunakan pensil & arang
Seni halus itu  dapat ditafsirkan sebagai kegiatan melahirkan perasaan dan idea melalui rekaan seni yang berbentuk lukisan, catan, cetakan dan  binaan arca. Rekaan seni halus biasanya dipamerkan di galeri seni, ruang tamu, dewan dan pelbagai tempat awam.
             Karya lukisan (drawing) biasanya dilukis diatas permukaan kertas yang rata dengan menggunakan arang, pensil, atau pena. Lukisan  dihasilkan  berasaskan tema yang dilukis secara lakaran, lorekan, sapuan dan gosokan  seperti bentuk  model yang digunakan. Katakan jika model yang digunakan beberapa biji buah dalam bakul, maka lukisan yang dihasilkan juga menggambarkan benda yang sama. Ketika proses menghasikan karya itu pelukis akan  menggabungkan perasaan, idea dan imajinasi didalam karyanya. Kerana itu jika model yang sama dihasilkan oleh sepuluh orang pelukis, maka kita dapat  sepuluh lukisan yang berbeza dari segi bentuk, sudut pandangan, gaya lorekan dan teknik sapuan yang digunakan. Keindahan sesuatu lukisan  bergantung kepada kehalusan serta ketelitian kerja yang dilakukan oleh pelukis.

Tema: Kota Melawati : Teknik Lukisan, yang menggunakan arang,

catan yang  menggunakan warna akrilik, tema- pertarungan
             Catan biasanya dilukis dengan menggunakan bahan bewarna seperti cat air atau cat minyak. Cat air menggunakan kertas sebagai  tapak karya. Manakala Cat Minyak menggunakan kain kanvas yang dicat dengan undercoat, yang di regang pada pemidang kayu. Tiap karya catan dilukis berasaskan tema seperti lanskap, binatang, manusia, tumbuhan dan sebagainya. Yang membezakan sesuatu karya catan itu adalah disebabkan kehalusan kerja seni yang dihasilkan oleh pelukis melalui olahan  teknik, tema, serta media cat yang digunakan. Beberapa pelukis agung Eropah yang pernah menghasilkan karya yang hebat seperti Leodardo da Venci dengan catan Mona Lisa, Albert Durer dengan cat air 'The Great Piece of Turf'. Di Malaysia diantara pulukis cat air yang terkenal seperl Razali Buyong, Husssein Enas, Abdulah Arif , Tay Hoi Keat dan lain-lain lagi.

            Cetakan adalah karya seni halus yang dihasilkan melalui terapan blok atau plat di atas permukaan kertas, kain dan sebagainya. Seni ini telah berkembang di Eropah sejak abad ke 14. lagi .Terdapat beberapa jenis plat yang digunakan untuk menghasilkan imej cetakan seperti kayu, logam, getah, lino, playwood dan sebagainya. Untuk menghasilkan imej diatas permukaan plat ia dilakukan dengan cara mengguris, mengukir, memotong, menebuk dengan pelbagai teknik supaya menghasilkan imej yang cantik dan menarik.
            Arca adalah karya seni halus yang berbentuk binaan. Karya arca boleh dinikmati dari pelbagai sudut.Sejarah awal seni halus arca telah bermula sejak 4500 yang lampau dengan penemuan patung CYCLADIC di sebuah pulau di Laut Aegean. Pelbagai  teknik digunakan untuk menghasilkan arca, seperti dengan cara memotong, mengukir, mengikat, menambah, mensepuh dan sebagainya. Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk menghasilkan arca seperti batu, kayu, besi, kertas, logam dan sebagainya. Arca boleh dihasilkan secara statik, digantung atau bergerak.
           sumber: Guru Seni

BENTUK


 BENTUK

A. PengenalanBentuk boleh dikelaskan kepada 2 jenis iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi.Bentuk Konkrit merupakan struktur binaan dalam 3 dimensi(3D) yang dapat dilihat dan dirasa pada setiap permukaannya. Contoh bentuk konkrit ialah seperti buku, almari, rumah, kereta, pokok dan sebagainya.Bentuk Ilusi pula ialah bentuk yang wujud melalui kemahiran penggunaan unsur seni seperti warna. Bentuk ilusi tidak dapat dipegang, tetapi hanya dapat dirasakan kewujudannya melalui pandangan mata sahaja. Ia dapat dilahirkan melalui lukisan, catan dan fotografi.B. Garisan dan BentukGarisan dapat menghasilkan bentuk melalui beberapa proses berikut:*Garisan dan Bentuk Lilitan Dawai*Lilitkan dawai pada botol sehingga sempurna*Kemudian, keluarkan botol daripada lilitan tersebut. Maka, terhasillah sangkar dawai berbentuk botol.*Garisan dan Bentuk Anyaman Rotan*Garisan dan Bentuk Anyaman BuluhC. Rupa dan BentukRupa dapat mencipta bentuk melalui proses seperti berkut:a. Lukiskan rupa seperti dalam ilustrasi berikut di atas sekeping kertas manila.b. kemudian, cantumkan bahagian-bahagian tertentu supaya menjadi bentukkotak seperti dalam ilustrasi di bawahCara lain untuk menghasilkan bentuk dengan rupa adalah dengan menggunakan:*Teknik seni lipatan kertas - origami*Teknik potongan kadbod – polihidera*Teknik lipatan kain – topologiD. Membina BentukBentuk boleh dibina melalui pelbagai cara. Antaranya adalah dengan menggunakan plaster of paris, cantuman atau gabungan daripada pelbagai bahan terbuang bagi menghasilkan arca hiasan mahupun gunaan.Bentuk juga boleh dihasilkan melalui ukiran pada batang kayu, sabun atau lilin.Membina bentuk tembikar melalui teknik picit, putaran, kepingan atau lingkaran.E. Bentuk Figura ManusiaBentuk manusia dewasa mengikut kadar banding dengan menggunakan bahagian kepala sebagai ukuran adalah lebih kurang 7 ½ bahagian.Manakala 1 bahagian badan manusia sama dengan 2 bahagian kepala.Panjang tangan ialah 3 bahagian kepala dan 1 bahagian kaki sama dengan 4 bahagian kepala.F. Cara-cara Menimbulkan Bentuk Ilusi dalam KaryaTeknik GarisanTeknik LorekanTeknik KolajTeknik CatanTeknik Cetakan

Monday, 21 May 2012

You Have Made a Difference


Kenali Saya


Nama saya Zakiah bt Abdul Ghafar. Umur saya jeng jeng jeng..... 31 tahun... Dah kahwin pun.... 
Gambar suami? xpayah la kot.... gambar mak bleh la.....

ha, ni la mak saya... namanya Wan Aminah bt Wan Ibrahim.... tak keje... duk kat rumah je... orang kampung la katakan..... Mak saya adalah insan yang selalu memberi semangat kepada saya untuk menjadi seorang pendidik. Walaupun mak saya tidak berkelulusan tinggi, tapi dia telah berjaya mendidik saya dan adik - beradik saya menjadi orang yang berjaya..... Ternyata golongan SES rendah juga mementingkan pendidikan anak - anaknya agar menjadi jauh lebih baik daripadanya. Saya masih ingat lagi, masa saya kecik - kecik dulu, mak sayalah yang ajar saya Penulisan. Katanya, jarakkan satu perkataan dengan perkataan lain dengan jari telunjuk kita. Terima kasih, mak....
 Next....Saya adalah bekas pelajar

kampus ni:

Saya ambik Ijazah Sarjana Muda Perakaunan... Sekarang saya sambung belajar kat sini pulak
Kat sini la saya diberi tugasan untuk buat blog ni... untuk subjek SGDT4013 Aplikasi Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan.....

Ha.... inilah pensyarah saya....kenal tak? Hensem kan? Selamat hari Guru En. Zol...
dan terima kasih sebab ajar saya bina blog ni... sedikit sebanyak saya dapat kembangkan idea n luah perasaan kat sini.... Insya Allah, bila jadi guru nanti, saya akan cuba aplikasikan teknologi ni dalam P&P saya...

Ok lah, ini sedikit tentang keluarga saya.....
Saya ada seorang suami dan dua orang anak.
Yang ni anak saya yang sulung.....heroin...
hebat ni.... macam power ranger pink lebih kurang.... hahaha.... 'xdan nak igat'

ha... yang ni pulak adik dia... hero...
 tentu la lebih hebat dari heroin.... gigi depan pun dah patah dah... sebab suka buat aksi WWF... huhuhu... oklah... nanti saya update lagi next time.... tq for viewing this... jumpa lagi...

Pictures


Ni contoh gambar - gambar guna teknik pensel warna:


yang ni pun.....

 ini juga.....


Imej - imej lain berasaskan Bentuk dan Rupa....




 






tq sebab view...

Wednesday, 16 May 2012

RUPA


Pengenalan
Rupa adalah satu kawasan yang berbeza daripada ruang di sekelilingnya dan bersifat dua dimensi. Rupa juga adalah hasil pertemuan penghujung sesuatu garisan dengan permulaannya atau kawasan yang dibezakan melalui nilai warna dan jalinan.
Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.
Jenis-jenis Rupa
Rupa terdiri daripada 2 jenis iaitu:
1. Rupa Geometri
Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat
segi dan lain-lain rupa yang bersudut.
2. Rupa Organik
Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya
seperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya.
C. Rupa Positif dan Rupa Negatif
Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu.
Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.

D. Rupa dalam Aktiviti Mencorak
Rupa boleh berubah dan mewujudkan rupa yang lain dengan cara tindanan, tambahan atau luakan ( pengurangan ).
Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan susunan rupa yang berulang-ulang dengan jarak dan kedudukan tertentu.
Rupa akan menghasilkan kesan corak daripada perlawanan rupa positif dengan rupa negatif.
Hasilan corak akan lebih menarik apabila rpa disusun berulang-ulang dalam susunan tertentu.

Jenis-jenis Susunan dalam Mencorak
1. susunan selang-seli
2. Susunan turun separa
3. Susunan batu-bata
4. Susunan orgee
5. susunan cerminan
6. Susunan sisik ikan

E. Rupa dan Lambang

Rupa boleh diolah menjadi lambing atau symbol kepada sesebuah syarikat, persatuan dan pertubuhan.Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu barangan.

F. Rupa dan Muka Taip

Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf.
Rupa muka taip boleh menghasilkan pelbagai gaya.
Rupa muka taip boleh terdiri daripada muka taip serif ( berekor ) dan san serif
( tidak berekor ). 

Contoh - Contoh Rupa:




Contoh garisan yang bersambung:


Menbentuk satu rupa:


Contoh rupa muka taip:
Contoh karya hasil dari rupa muka taip:

GARISAN



Pengenalan

Garisan adalah kesan titik yang bergerak dihasilkan dengan menggunakan sesuatu alat atau media yang bermula daripada satu titik permulaan (starting point) merentasi sesuatu kawasan. Garisan dilihat kerana ianya kontra dengan nilai disekelilingnya. 

Jenis² Garisan
Jenis-jenis garisan boleh dikelaskan berdasarkan penggunaan bahan atau teknik yg menentukan rupa bentuk dan sifatnya.
Contohnya, pen marker akan memberikan garisan tebal, pen memberikan kesan garisan halus manakala berus dan dakwat memberi kesan garisan kasar.
· Garisan Tebal
· Garisan kasar
· Garisan nipis
· Garisan berlingkar
· Garisan berbulu
· Garisan pancaran
· Garisan beralun
· Garisan zig-zag
· Garisan Putus-putus

C. Garisan pada Alam Sekeliling
Garisan juga wujud pada objek alam sekeliling dan objek buatan manusia dalam rupa garisan yang tersembunyi di sebalik bentuk asalnya.

Pokok(garisan tebal) – ranting pokok( garisan kasar) – Urat daun(garisan nipis)
Titik hujan(garisan putus-putus) - Cendawan ( garisan pancaran )
Benang ( garisan berbulu) – Jejari roda basikal( grisan pancaran ) – Racun nyamuk ( garisan berlingkar) – Garisan pembahagi jalanraya(garisan putus-putus)

D. Kedudukan Garisan dapat menimbulkan pelbagai Kesan Perasaan
1. Garisan melintang -Memberi gambaran tenang
2. Garisan pepenjuru - memberi gambaran pergerakan
3. Garisan tegak - memberi gambaran teguh dan stabil
4. Garisan pancaran - memberi gambaran bertenaga

E. Garisan Pergerakan
Garisan dapat mencipta pergerakan ilusi dengan menghasilkan garisan berulang-ulang.
-Garisan berlingkar - Garisan beralun -Garisan bergetar

F. Garisan untuk menimbulkan Bentuk
Garisan juga berupaya menimbulkan bentuk dengan menggunakan ton garisan.
Garisan yang rapat menimbulkan ton gelap manakala garisan yang berjarak atau jarang menimbulkan ton cerah.

Contoh - contoh Garisan




Tuesday, 8 May 2012

SEJARAH SENI VISUAL DI MALAYSIA

Pelukis Malaysia pertama yang mengadakan pameran solo di seberang laut ialah Chuah Thean Teng yang diadakan di London pada tahun 1959. dan dipersembahkan oleh Majlis Kesenian Persekutuan. Catan batik eksotik yang dihasilkan sejak beliau membuka Yahong Gallery pada tahun 1955 telah meninggikan taraf batik daripada hasil pertukangan tangan kepada bentuk seni halus. Kejaan Chuan telah membawa seni Malaysia kepada seni antarabangsa. Seterusnya pelukis-pelukis batik yang lain seperti Khalil Ibrahim, Tay Mo Leong dan Toya turut menerima pengiktirafan antarabangsa.

Tahun 1960an
Seni lukis aliran utama 1960an adalah dengan nilai-nilai mistikal dan semesta telah menarik perhatian audien untuk menghayatinya kerana mempunyai kelainan. Dengan adanya tradisi seni khat telah membentuk satu pengucapan gambaran yang tersendiri. Lahir pandangan yang kritikal terhadap seni lukis. Pelbagai aktiviti dijalankan melalui saluran media massa. Antaranya ialah perbincangan, ceramah, syarahan, laporan, pameran dan sebagainya. Acara-acara seni lukis menjadi acara gemilang yang dihadiri oleh pelukis-pelukis, pencinta seni, ahli politik dan diplomat.

Special Teachers Training Institute (STTI) ditubuhkan pada tahun 1960 yang kemudiannya ditukar kepada Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK). Guru-guru yang berminat di bidang seni diberi peluang melanjutkan pelajaran melalui kursus sepenuh masa selama satu tahun. Mereka yang menunjukkan bakat besar dihantar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Golongan pelukis-pelukis dan pendidik seni telah menjadi tenaga utama seni lukis pada lewat tahun 1960an. Kakitangan akademik Jabatan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti Syed Ahmad Jamal, Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong Laitong, Jolly Koh dan lain-lain lagi memainkan peranan yang penting dalam seni lukis avant-garde di negara ini. Institusi Senilukis yang pertama ditubuhkan ialah Malayan Institut of Art pada tahun 1966. Institusi persendirian ini menawarkan kursus-kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang Fine Art, Commercial Art dan Interior Design di samping kursus-kursus sambilan.

Penubuhan Institut Teknologi Mara pada tahun 1967 telah melahirkan sekumpulan tenaga baru pendidik seni dan usahawan-usahawan Melayu dalam bidang seni tertentu. Ia menawarkan kursus diploma selama empat tahun dalam bidang Fine Arts (Painting and Sculpture), Graphics, Photography, Fine Metal, Pottery and Ceramics, Textiles, Fashion dan Industrial Design.

Kuala Lumpur College of Art telah ditubuhkan dalam tahun 1968 dengan menawarkan kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang Painting, Sculpture, Ceramics, Chinese Brush Painting, Photography dan Commercial Art. Tahun 1970an

Awal tahun 1970an pensyarah-pensyarah Intitut Teknologi Mara telah mengambil alih tempat avant-garde. Mereka terdiri dari kumpulan ’New Scene’ seperti Redza Piyadasa, Sulaiman Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng, Joseph Tan dan lain-lain lagi. Kumpulan ini telah mendebarkan keadaan seni lukis tempatan dengan ungkapan-ungkapan yang mencabar. Pendekatan gaya catan mereka yang berasaskan optik dan maklumat telah mengejutkan pelukis-pelukis tempatan dan masyarakat umum.

Pelukis-pelukis bukan sahaja berkarya dalam bidang minimal, pop, op dan lain-lain aliran semasa tetapi juga menyarankan seni melibatkan kepintaran, nilai-nilai mistika dan metafisika iaitu maklumat dan ilmu yang luar dari bidang catan. Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopori oleh Chong Kam Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck telah mempunyai ikutan yang teguh di awal 1970an.